Wednesday

This is what we call as SIMPLE WORK

Helooooooo YAWWWWWWWWWWWWWWWW, tak tau nak cakap apa, this is my university life, hari hari terakhir hantar assigment. tapii hati tetap kena cool. hehehe.so lets it begin :)












HAAAAAAAAAAAAAAAA, nilah kerja last minit. cover depan paling sempoi, tapi markah tetap tinggi beb :D





Moral of the storryyyyyyyyy, buat , siap hantar, thennn kita enjoyyyyy :DD

Sunday

One Digital Kiosk

ODK as i call it.
Its such a great moment working here as a shop assistant. My work is to Print, Laminate, Binding, Photocopy, Internet services, taking order business card and many more. Whoaaaa sumpah kerja sini best. Banyak masa aku habiskan kat kedai ni. Di sinilah aku banyak mempelajari tentang perangai perangai customer yang PERGHHHHH, Haha, Tapi apaapapun, Customer always Right. i've learn how to speak with people. Before this i was to shy to speak in public, BUT NOWW, come on yawwwwww ! bhahaha, kadang kadan berspeaking jugak dengan customer even in broken english. maklumleee, Time tuu nervouse lahhh. heheh . tapi sekarang okay sikit. aku boleh bercakap bertentang mata dan mula ada keyakinan diri dengan orang . satu pencapaian yang aku rasakan amat bermakna.
 Tapi ada jugak masa masa aku ni malas nak buat kerja. Aku tak tau kenapa. Bila time Malas tahap Gaban tu, aiyooooo . kawan kawan aku jadi mangsa. hehehe. Kejam kejam. Tapi mereka Okayyy. They such a good team partner in this company. Senang bekerja dengan mereka . First day masuk kerja macam Gilaaaa Kutu tak tau nak buat apa . Semua diammm je. Mujur ada Cik akak yang aku panggil as Eka nama glamour. Dia ibarat Guru dalam company tuh, Kalau ada je silap, Orang pertama yang akan perasan mesti dia. Susah nak selindung kesalahan sendiri ni. Dia macam tau tau je :P HAHA . dia ibarat kakak aku, Banyak jugak kesalahan2 tak sepatutnya dia tegur, Tapi Dia maintain cool bebeh ! Susah nak tengok dia marah acctly, Kalau marah pun dia takkan tunjuk. Tu yang BESTTTTT ! Muahaha,
*Ekaa, Kau adalah yang terbaik dari yang terbaik, Seronok kerjasama dengan kau dan nanti KAHWIN jangan lupa ajak ! HAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHHA

okayyy next !


Zarol Fitri B Khairol Fauzi
Nama sama macam aku, Orang kata kami ni Gilaaaa ? wohooo. Tapi bila aku ngan dia, aku rasa macam terpelajar sikit. hhehe. Tapi susah nak berdamping ngan dia. Maklumlah, nama sama. susah beb. Dia ni badan kecik je tak macam aku, badan tough HAHA. dia memang pandai. SPM pun pun dapat separuh A, aku satu pun takde. huhu. Tapi dia tak sombong, Dia ibarat macam saudara kau sendiri. sejak kerja kat situ byak jugak aku habiskan masa lepak ngan dia. HAHA , tapi dia ni gatai sikit, Pantang nampak perempuan. MASYAALLAH. dialah orang pertama yang tegur . Cisss. Haha. Tapi dia ni kata orang lagi Hensem dan Macho dari aku, No wonder kau banyak Awek. Wakaka ! okay bro semoga sukses selalu and selalu lepak lepak. Nanti cuti sem Kita WAJIB melawat ke KARAOKE ! HAHA
*Zarol, Nanti kalau dah jadi ustaz, Imamkan aku yaaa :)

Next !

Ahmad Zahid @ General Manager, Bhahaha :D
Kecik dan comel kata customer, Selalu dapat perhatian orang sebab tubuh fizikalnya. Haha. Umur sudah mencecah 21 tahun, tapi badan macam budak darjah 6 ! dulu kenal dia macam pendiamm, Tapi sampai Dia punya gila gilaaa kerja semua takkan jadi! HAHA. Dia muka relax tapi kalau dah bersuara aku takkan tahan nak gelak, lagi lagi kalau speaking dia tuh ! HAHA. aku kenal dia baru aku tau dia ni sebenarnya taklah pendiam , cuma dia ni susah nak bergaul. sekarang aku dah kenal ini budakk, mak aiyhh, punyalah loya buruk ! HAHA. walaupun nampak je macamni,  tapi antara kitaorng, dia yang selalu igtkan kita tentang solat. dia tak tinggal solat macam aku and sorang lagi tuh. Walaupun kecik, aku tetap respect dia sebagai abg aku dan byk jugak nasihat aku dapat dari dia dan akan aku sematkan dan sentiasa amalkan.
*Zaid, Kau memang yang terbaikkkkk :D

Last ...

Takde gambar, To Kak Piah and En Wan, My Official Big boss! Diorang memang cool beb. byk aku belajar dari mereka. Dari En Wan lah aku belajar berkomunikasi dengan orang ramai melalui Mesin theraphy E - MAN. Dari situ aku tengok gaya En Wan dan sikit sikit aku try buat . Dan alhamdulillah sekarang aku dah ada gaya aku tersendiri ! hehe, Thanks to En Wan and Kak Piah. You have treated me very well, and certainly I will respond one day. Thanks once again . Thanks ONE DIGITAL KIOSK :D

Tuesday

PENGETAHUAN SEORANG BLOGGER

Ramai manusia yang hanya mempercayai sesuatu yang berbentuk zahir dan dapat dilihat di alam realiti sahaja dengan menafikan sesuatu yang ghaib terutama melibatkan perkara ketuhanan seperti kewujudan Allah itu sendiri. Mereka yang berpegang kepada mazhab realistik banyak menafikan sesuatu perkara yang ghaib kerana hanya bersumberkan kepada akal yang sememangnya lemah tanpa mendapat bantuan daripada suluhan cahaya wahyu.         Di dalam sebuah kitab ada diceritakan bagaimana seorang guru apabila berhadapan dengan seorang yang tidak percaya kewujudan Allah kerana dia tidak mampu melihatnya lalu guru itu mengisahkan kepadanya bagaimana ada sebatang pokok yang besar telah bergoyang dengan sendiri sehingga tumbang. Selepas itu pokok itu terpotong dan diproses dengan sendiri sehingga ia menjadi sebuah perahu. Perahu itu kemudiannya melungsur dengan sendiri dari hutan menuju ke sungai yang berdekatan dan kemudiannya bergerak sendiri menyelusuri batang sungai itu dan ia tiba di destinasinya tanpa ada bantuan daripada sesiapa pun. Mendengar cerita ini lalu orang itu menuduh guru tersebut menipunya kerana baginya tidak masuk akal sesuatu itu boleh memproses dirinya sendiri tanpa bantuan sesuatu yang lain. Lalu guru itu dengan tersenyum sambil memberitahunya itulah ia hakikat kewujudan Allah di mana adanya alam ini mesti ada Penciptanya walaupun tidak dapat dilihat kewujudannya. Adalah suatu yang mustahil alam ini terjadi dengan sendiri tanpa adanya Tuhan yang menciptanya.
        Begitu juga dengan suatu kisah yang berlaku dalam satu kelas sains di mana seorang guru sains telah bertanya muridnya tentang kewujudan Tuhan sedangkan ia tidak mampu dilihat. Lalu salah seorang muridnya bangun untuk bertanya gurunya itu mengenai elektrik. Dia bertanya kepada gurunya tentang keyakinan gurunya itu mengenai kewujudan elektrik lalu gurunya itu menjawab bahawa elektrik memang ada. Si murid bertanya lagi tentang di mana kewujudan elektrik tersebut samada di suis, di wayar atau di mentol lampu. Si guru tidak mampu menjawab walau pun dia yakin bahawa lektrik memang ada tetapi tidak mampu dilihat kewujudannya. Inilah hakikat kewujudan Allah di mana walau pun kita tidak mampu melihatnya tetapi kita yakin bahawa Dia tetap wujud dengan adanya alam ciptaanNya ini. Kita diminta memikirkan tentang kejadian Allah bukannya disuruh memikirkan zat Allah.
        Ada lagi sebuah cerita di mana penulis petik daripada satu e-mail yang dihantar oleh seorang sahabat di mana ia mengisahkan bagaimana ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa  yang boleh menjawab. Suatu hari dia bertemu seorang imam tua ditempatnya lalu dikemukakan segala persoalan yang terbuku dihatinya itu.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya,  insya’Allah

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
Pertamanya jika benarlah Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan itu kepada saya?
Keduanya apakah yang dinamakan TAKDIR?
Ketiganya jika syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak ajukan kepada saya….!!

Pemuda : Saya amat tidak faham…??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?

Pemuda : Tentu sahaja saya merasakan sakit dan pedih…!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya….!

Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu…, atau macam mana rupanya??..!

Pemuda : Tak boleh pak imam…!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak….!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak….!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging…!!!

Pak Imam : Dari apakah dibuat pipi awak itu…?

Pemuda : Kulit dan daging….!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih….!!!?

Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan….walaupun sama unsur asalnya.

Pemuda : Allahuakbar!
        Inilah antara kisah yang menarik yang mampu merungkaikan segala persoalan yang timbul di kepala pemuda tadi yang terjawab dengan penuh simbolik oleh Pak Imam


Dipetik daripada :  http://aki2004.wordpress.com/

Friday

PERMULAAN SEORANG BLOGGER

HELLOO YOO !
tepat jam 12 a.m , i created my first blogg . 
OKAYYY , aku dipengaruh oleh ZAROLFITRI . katanya blog best , so aku try mencuba . kesudahanya , INI HASILNYA ! sumpah tak tau nak letak ape , baru kan ? so normal lah . hehe . btw I'm Zarul Naim Nadzri . age 18  . permulaan ni acctually takda nak kata apa sangat cuma yelahh , selalu selalu la jenggok bloggg ini yaaa ;D

http://zarulnovella-mylifee.blogspot.com/BLOGGER. Powered by Blogger.